"Don’t you wish that flower could tell the truth..

he loves me..

he loves me not..

so get up and go find out make that 1st move and put your feeling out there!"....♥ ♥ ♥


widgeo.net



,


Sunday, September 5, 2010

PLKN Story..

Haha… dapat Plkn kat Sekakap, Mersing.. Bermula hujung bulan 12 until pertengahan bulan 3.. Bermula laa episod sedih + happy + excited + happening!

…………………………………………………………………………………………………………………….

Excitednye dapat gi PLKN.. huhu.. ayat pertama dalam fikiran.. dah siap2 daftar kt Kulai & mnuju ke destinasi yg agak jauh & panjang.. sedih tu jgn cite laa.. memang nangis.. tapi dalam hati jew.. huhu.. sepanjang 3 bulan macam2 perkara yg baik & buruk berlaku.. Check it out! >>

Meh fatin perkenalkan tentang PLKN sket2.. Pelatih2 dibahagikan kepada 4 kumpulan @ dinamakan “Company” di sana.. Ad Alpha, Bravo, Charlie, & Delta.. Fatin dapat company Alpha.. anggotanya lebih kurang 80 orang laa setiap company.. and dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.. And aktivit hariannye adalah pagi sarapan, lepas sarapan ad kelas Pembinaan Diri.. Haa~ nak tahu ape tu.. Dy macam bimbingan ke arah pembentukan diri kepada yang lebih baik.. PLKN nie ad 4 modul; iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter & Modul Khidmat Komuniti.. Dalam Modul Fizikal tu sama macam aktiviti kawad yg bertujuan utk membina ketahanan mental, emosi & spiritual.. Modul Kenegaraan plak utk dikhaskan satu aktiviti yang menyentuh tentang tanggungjaab terhadap negara, macam mana utk menghadapi musuh.. semangat bersatu padu yang perlu ad dalam setiap diri individu.. Modul Pembinaan Karakter ad 2 komponen.. iaitu Pembinaan Diri & Pembinaan Diri Dengan Orang Lain :) dy akan ajar camne nak tahu potensi diri.. camne nak keluarkan potensi orang lain.. Pelatih2 akan dibahagikan kepada beberapa kelas;) And lastly, Modul Khidmat komuniti.. nie lebih kepada kesukarelaan dalam melakukan sesuatu.. pelatih2 akan dibahagikan kepada beberapa group and pergi ke destinasi tertentu & buat something, contohnya time tu fatin dapat gi balai raya and ad gotong-royong laa sket pastu ad aktiviti macam main congkak, nyanyi, kerusi beracun.. dll


Dalam PLKN nie terlalu banyak aktiviti; antaranya kawad, masuk hutan, kompas, baca peta, pertolongan cemas, pandu arah, menembak and yang paling best sekali rempuh halangan.. Ok, mule2 sntuh pasal kawad.. fuhh.. memang mengancam.. dah laa lokasi berhampiran ngn pantai.. tak macam panas + pedih air laut.. kat situ fatin belajar merasai panas yg terlalu amat.. dengan baju celorengnye.. huhu.. dah nak kena panggang rasenye.. kawad nie rutin.. apa2 aktiviti sbelum tu mesti ad kawad.. nak makan, nak balik room or ape2 jew laa.. and for the final PLKN, ad pertunjukan kawad laa utk kali terakhir.. smua nangis, sedih nak berpisah.. tak kurang jgk ramai yg pengsan time kat dataran.. haha.. lagi2 time bendera company nak dicabutkan menandakan tamat latihan.. Ya Allah, pilunya rase.. sedih, terlalu sedih.. 3 bulan kat situ.. hm,, okey2 jap lagi..

sambung cite blek.. aktiviti seterusnya, masuk hutan.. nie dalam bulan 2.. satu hari jew masuk hutan.. belajar cara masak kat situ, buat “khemah” dy, buat tandas sendiri.. macam2 laa.. seronok.. haahh.. blek jew drpd masuk hutan, fatin terus demam panas.. dalam 3 hari jew.. dah kena masuk air duk dalam klinik.. temperature time tu 39.1 C.. seronok masuk air.. memang dah lame tringin.. hik3x.. lpas masuk air, selera makan plak bertambah.. haha.. syok2..

Next, latihan menembak.. nie dh tinggal bape minggu nak balik baru dy nak wat.. best.. pegang Colt M-16.. Lokasinya kt Khemah Kota, Kluang at Lapang Sasar.. Dalam latihan nie ad markah2 yg akan diberikan kepada setiap company.. Nie fatin punye maklumat;

Detail: 1

Target: 12

Peluru: 20 butir ( 10 hidup,10 mati )

Jarak: 100 meter


haa~ setiap pelatih dibawah pemerhatiaan tentera2 bertugas.. hik3x.. and this is my mark.. 78/100.. haha.. not bad.. from 20 peluru.. 17 yg kena sasaran.. lagi 3 menyasar.. ngeh3..

Lagi2 nak cite pasal Rempuh Halangan.. hik3x.. ad macam2 halangan kat situ.. monkey climb ad.. swing ntah ape2 laa istilah dy.. haha.. nasib baik fatin lepas smua tu.. ;) other than that, ad jgk flying fox, repelling and abseilling :)

Yang paling menarik, ad Program Penghayatan Sastera & Budaya iaitu Malam Citra Puisi :) Yang handle ialah orang2 luar.. setiap company kena buat satu persembahan pada malam tuh.. hik3x.. company fatin kena berlakon + sajak + nyanyi dalam satu persembahan.. memang mantap laa.. dapat guru bimbingan pun yg berpengalaman.. and lastly, company fatin dapat no 1.. huhuhu.. sayang sangat2 tak rakam time tuhh.. =D

hm.. klau nak cite, esok pun tak habis.. terlalu best.. tak kira bangsa, agama, tapi kat situ nampak tak ada beza.. sehingga akhirnya.. kenangan di Kem PLKN Ypj Sekakap Mersing Siri 6, Kumpulan 1, 2009 paling best forever and ever!

Lastly, nak ucapkan takziah kepada keluarga salah seorang sahabat fatin kat situ.. Muhammad Hairy Bin Ismail yg telah pergi ke Rahmatullah pada tahun lepas.. sungguh tak ku sangka pemergianmu terlalu cepat.. semoga rohmu aman di sana.. Nana sentiasa ingat awak, Hairy :’( -Al-fatihah utkmu

No comments: